EXPLORE US
A university beyond the walls, an institution without limits.

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN-DOKUMEN RUJUKAN PENGURUSAN AKADEMIK
PULAU PINANG, 16 - 19 Disember 2025 [Selasa - Jumaat] – Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik yang bertempat di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama empat hari bermula 16 hingga 19 Disember 2025 ini telah diadakan di Bilik Sireh 1, Hotel UiTM Pulau Pinang. Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam terus komited dalam memperkukuh kualiti pengurusan akademik universiti menerusi penganjuran bengkel ini.
Objektif utama adalah untuk membuat semakan semula terhadap dokumen rujukan sedia ada, memantapkan kandungan berdasarkan keperluan semasa, serta membangunkan dokumen rujukan baharu bagi memastikan kelancaran tadbir urus. Sesi pembukaan dan penetapan hala tuju telah disempurnakan oleh Puan Rizadora Muhamad Arsad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia.
Bagi memastikan hasil yang komprehensif, para peserta bengkel telah dibahagikan kepada lima kumpulan kerja strategik iaitu:
- Kumpulan 1: Memberi fokus kepada pemantapan Peraturan Akademik.
- Kumpulan 2: Meneliti dan mengemaskini Manual Operasi Akademik.
- Kumpulan 3: Memperincikan Tadbir Urus Akademik serta Terma Rujukan (TOR) bagi mesyuarat dalaman jabatan.
- Kumpulan 4: Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Graduan Terbaik dan Anugerah Akademik Universiti.
- Kumpulan 5: Menghasilkan dokumen berkaitan Garis Panduan Lantikan Akademia, Prosedur Pelantikan Pentadbir Akademik, dan Garis Panduan Bayaran Yuran Keahlian Badan Profesional.
Selain fokus teknikal terhadap dokumentasi, bengkel ini turut disisipkan dengan slot pemantapan minda dan kepimpinan. Antara modul yang dikongsikan termasuklah The 4 Quadrants of Time Management Matrix bagi meningkatkan produktiviti, seni pengurusan pasukan (The Art of Team Management), serta pendedahan kepada 6 Tahap Orientasi Kerja (6 Levels of Work Orientation) bagi memupuk budaya kerja yang proaktif.
Hasil daripada bengkel ini (ROI), kesemua dokumen rujukan disasarkan siap untuk diguna pakai dengan reka letak grafik yang lebih menarik menggunakan platform Canva dan diterbitkan dalam format eBook flip.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memastikan semua staf pentadbiran dan akademik mempunyai panduan yang jelas dan terkini dalam melaksanakan tugas, selaras dengan aspirasi UiTM untuk kekal seba
Majlis 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 Surat 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐏𝐂) UiTM 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒
9 Julai 2025 [Rabu] – Majlis Penyerahan Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UiTM Tahun 2024 bagi warga Jabatan Akademik dan Antarabangsa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Majlis ini merupakan kerjasama erat diantara Jabatan Akademik dan Antarabangsa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Penyerahan surat tersebut melibatkan 13 orang penerima APC UiTM Tahun 2024 yang mana turut diberikan kepada PTJ di bawah Jabatan Akademik dan Antarabangsa iaitu UiTM Global [UG], Institut Pengajian Siswazah [IPSis], Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik [BPPA] dan Bahagian Pengambilan Pelajar [BPP].
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 Jabatan Akademik dan Antarabangsa iaitu:
- Encik Shafu Azhar Miskon [Pembantu Khidmat Am]
- Puan Amiza Lina Nawari [Pegawai Eksekutif Kanan]
- Puan Noraisah Abdul Mutalib [Pegawai Eksekutif Kanan]
- Encik Ahmad Ashraff Sany Mohd Hassany [Penolong Pendaftar]
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Marhaban Ya Ramadhan 2025
Tarikh : 28 Februari 2025
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam














