EXPLORE US
A university beyond the walls, an institution without limits.

๐ Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Anugerah Akademik Universiti (AAU) Ke-15
KLANG, 16 Januari 2026 โJabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) UiTM telah berjaya menganjurkan Anugerah Akademik Universiti (AAU) Ke-15 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Premiere Hotel, Bandar Bukit Tinggi.
Majlis ini merupakan simbolik penghargaan tertinggi universiti terhadap warga akademik yang telah menunjukkan komitmen luar biasa serta inovasi dalam pemerkasaan pendidikan tinggi.
Pengiktirafan ini bukan sekadar penganugerahan, malah ia merupakan pemangkin semangat buat seluruh warga akademik untuk terus berbakti dan menyumbang kepada kemajuan ilmu di UiTM.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM (tengah), yang diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi universiti. Turut kelihatan di meja utama ialah:
- YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) โ (berbaju Melayu burgundy di sebelah kanan Prof. Shahrin).
- YBhg. Profesor Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) โ (berbaju kurung hijau di sebelah kiri Prof. Shahrin).
- YBhg. Prof. Dr. Haslinda Yusoff , Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) โ (berbaju kurung biru muda di sebelah kanan Prof. Yamin).
- YBrs. Prof. Madya. Datin Dr. Norazida Mohamed, Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan) UiTM Global โ (berbaju kurung hijau di sebelah kanan Prof. Haslinda).
- Professor Dr. Faizah binti Abd Majid, Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) โ (berbaju kurung merah jambu di hujung sebelah kanan).
- YBhg. Profesor Dr. Ismie Roha binti Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor Pejabat Komunikasi Strategikโ (berbaju kurung biru di sebelah kanan Prof. Dr. Norazah).
- YBhg. Professor Ts. Dr. Azlina Idris, CEng, Pengarah Bahagian Pembangunan Aka

JAnA Perkasa Perancangan Strategik 2026 dan Inisiatif UiTM 2030 di ILD Bandar Enstek
NILAI, 9 Januari 2026 โ Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) telah berjaya menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Tahun 2026 & Pembangunan Inisiatif UiTM 2030. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Januari 2026 ini telah diadakan di Bilik Sarana 3 & 4, ILD Bandar Enstek, Nilai.
Bengkel ini menghimpunkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada staf Jabatan Akademik & Antarabangsa (JAnA) serta lima Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah seliaannya, iaitu:
- Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS)
- Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
- UiTM Global (UG)
- Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA)
- Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)
Sepanjang program, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi refleksi pencapaian tahun 2025 serta perbincangan kumpulan bagi menetapkan inisiatif dan pelan tindakan (action plan) yang holistik bagi mendepani cabaran tahun 2026. Selain sesi percambahan minda, bengkel ini turut diselitkan dengan aktiviti Explorace bagi memupuk semangat kerja berpasukan serta Majlis Makan Malam Apresiasi bertemakan Denim Jacket sebagai penghargaan kepada warga kerja.
Kemuncak program menyaksikan kehadiran YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang meluangkan masa memberikan ulasan terhadap hasil perbincangan serta pembetulan semula inisiatif yang telah dirangka.
Dalam ucapan penutup dan rumusan beliau, Profesor Dr. Yamin Yasin menekankan kepentingan konsolidasi inisiatif utama (Key Initiatives). Beliau mahukan setiap PTj tidak bekerja secara berasingan (silo), sebaliknya bersinergi dalam memacu agenda UiTM 2030.
โSetiap perancangan yang dibuat hari ini adalah batu loncatan untuk memastikan UiTM kekal relevan dan unggul dalam landskap pendidikan tinggi global,โ ujar beliau semasa sesi rumusan dan penutup.
Beliau turut menyampaikan amanat agar semua inisiatif yang telah dimuktamadkan dipantau secara berkala bagi menjamin keberhasilan impak yang disasarkan. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama dan penetapan komitmen penuh daripada semua ketua PTj untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirangka.

Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik
PULAU PINANG, 16 - 19 Disember 2025 [Selasa - Jumaat] โ Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik yang bertempat di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama empat hari bermula 16 hingga 19 Disember 2025 ini telah diadakan di Bilik Sireh 1, Hotel UiTM Pulau Pinang. Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam terus komited dalam memperkukuh kualiti pengurusan akademik universiti menerusi penganjuran bengkel ini.
Objektif utama adalah untuk membuat semakan semula terhadap dokumen rujukan sedia ada, memantapkan kandungan berdasarkan keperluan semasa, serta membangunkan dokumen rujukan baharu bagi memastikan kelancaran tadbir urus. Sesi pembukaan dan penetapan hala tuju telah disempurnakan oleh Puan Rizadora Muhamad Arsad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia.
Bagi memastikan hasil yang komprehensif, para peserta bengkel telah dibahagikan kepada lima kumpulan kerja strategik iaitu:
- Kumpulan 1: Memberi fokus kepada pemantapan Peraturan Akademik.
- Kumpulan 2: Meneliti dan mengemaskini Manual Operasi Akademik.
- Kumpulan 3: Memperincikan Tadbir Urus Akademik serta Terma Rujukan (TOR) bagi mesyuarat dalaman jabatan.
- Kumpulan 4: Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Graduan Terbaik dan Anugerah Akademik Universiti.
- Kumpulan 5: Menghasilkan dokumen berkaitan Garis Panduan Lantikan Akademia, Prosedur Pelantikan Pentadbir Akademik, dan Garis Panduan Bayaran Yuran Keahlian Badan Profesional.
Selain fokus teknikal terhadap dokumentasi, bengkel ini turut disisipkan dengan slot pemantapan minda dan kepimpinan. Antara modul yang dikongsikan termasuklah The 4 Quadrants of Time Management Matrix bagi meningkatkan produktiviti, seni pengurusan pasukan (The Art of Team Management), serta pendedahan kepada 6 Tahap Orientasi Kerja (6 Levels of Work Orientation) bagi memupuk budaya kerja yang proaktif.
Hasil daripada bengkel ini (ROI), kesemua dokumen rujukan disasarkan siap untuk diguna pakai dengan reka letak grafik yang lebih menarik menggunakan platform Canva dan diterbitkan dalam format eBook flip.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memastikan semua staf pentadbiran dan akademik mempunyai panduan yang jelas dan terkini dalam melaksanakan tugas, selaras dengan aspirasi UiTM untuk kekal sebagai universi
Majlis ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง Surat ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ (๐๐๐) UiTM ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
9 Julai 2025 [Rabu] โ Majlis Penyerahan Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UiTM Tahun 2024 bagi warga Jabatan Akademik dan Antarabangsa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Majlis ini merupakan kerjasama erat diantara Jabatan Akademik dan Antarabangsa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Penyerahan surat tersebut melibatkan 13 orang penerima APC UiTM Tahun 2024 yang mana turut diberikan kepada PTJ di bawah Jabatan Akademik dan Antarabangsa iaitu UiTM Global [UG], Institut Pengajian Siswazah [IPSis], Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik [BPPA] dan Bahagian Pengambilan Pelajar [BPP].
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 Jabatan Akademik dan Antarabangsa iaitu:
- Encik Shafu Azhar Miskon [Pembantu Khidmat Am]
- Puan Amiza Lina Nawari [Pegawai Eksekutif Kanan]
- Puan Noraisah Abdul Mutalib [Pegawai Eksekutif Kanan]
- Encik Ahmad Ashraff Sany Mohd Hassany [Penolong Pendaftar]
ย
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Marhaban Ya Ramadhan 2025
Tarikh : 28 Februari 2025
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alamย
ย
ย
Lawatan Penanda Aras Dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ke UiTM Untuk Sistem QBS
Tarikh : 13 Disember 2024
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Sidang, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alamย
ย
ย
Majlis Penganugerahan Anugerah Akademik Universiti (AAU) Ke-14
Tarikh : 29 November 2024
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Wyndham Acmar Klang
Portal Rasmi :ย https://sites.google.com/uitm.edu.my/aau14
*ย Senarai Pemenangย AAU Ke-14 *ย
* Anugerah Utama AAU Ke-14 *
ย
* Anugerah Khas AAU Ke-14 *
ย
* Sekretariat AAU Ke-14 *
ย
Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Islam Selangor (UIS) Ke UiTM Untuk Sistem iCRESS
Tarikh : 21 November 2024
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Sidang, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alamย
ย
ย
ย
ย






















