FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
Admission [Pengambilan]

1.

Bagaimana saya ingin memohon melanjutkan pengajian ke UiTM?

 

[How do I apply for further studies to UiTM?]

 

 

 

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang UPU bagi kemasukan bulan Mei / Jun (program diploma dan setaraf) dan September (Program Sarjana Muda dan setaraf).

 

[Applications can be made via the UPU’s website for admissions in May / June (diploma and equivalent) or September (bachelor and equivalent).]

 

 

 

Manakala kemasukan bagi bulan November (program diploma dan setaraf) dan Mac (Program Sarjana Muda dan setaraf) adalah melalui laman sesawang UiTM.

 

[Whereas the entry for November (Diploma and equivalent) and Mac (Bachelor and equivalent) is to be made via UiTM’s website.]

 

 

2.

Adakah saya boleh menukar program atau kampus pengajian yang ditawarkan?

 

[Can I change the programme or campuses where the programme is offered?]

 

 

 

Tidak boleh. Surat tawaran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD tertakluk pada Peraturan Akademik UiTM.

 

[No. Offer letter issued is FINAL and subject to the UiTM Academic Regulations.]

 

 

3.

Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian?

 

[Can I register without paying tuition fees?]

 

 

 

Boleh. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik.

 

[Yes. However, payment for tuition fees must be settled before the deadline specified in the Academic Calendar.]

 

 

4.

Adakah saya diberikan kemudahan kolej?

 

[Will I be given a college accomodation?]

 

 

 

Rujuk surat tawaran. Kemudahan kolej akan diberikan berdasarkan kelayakan asas menduduki kolej. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemudahan Kolej UiTM.

 

[Refer to the letter of offer. College accomodation will be provided based on the UiTM college eligibility criteria. For further information, please contact Unit Kemudahan Kolej UiTM.]

 

 

5.

Bolehkah saya mendaftar selain dari tarikh yang ditetapkan?

 

[Can I register on another date other than the date specified?]

 

 

 

Tidak boleh. Sekiranya terdapat hal kecemasan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Akademik di kampus yang ditawarkan.

 

[No. In the event of an emergency, please contact the Office of Academic Affairs at the offered campus.]

 

 

6.

Adakah saya boleh menarik diri daripada UiTM?

 

[Can I withdraw from UiTM?]

 

 

 

Pelajar dibenarkan untuk menarik diri daripada UiTM dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

[Students can opt to withdraw from UiTM but are required to follow the established procedures for withdrawal.]

Student Course Registration [Pendaftaran Kursus Pelajar]

1.

Bagaimana untuk mendaftar kursus?

 

[How to register for courses?]

 

 

 

Pelajar perlu mendaftar sendiri kursus melalui laman sesawang dalam tempoh yang ditetapkan.

 

[Students must register themselves through the course website within the prescribed period.]

 

 

2.

Bolehkah saya menambah atau menggugurkan kursus yang telah didaftarkan?

 

[Can I add or drop of registered courses?]

 

 

 

Pelajar boleh menambah atau menggugurkan kursus melalui i-Student Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM.

 

[Students may add or drop courses through the i-Student Portal within the stipulated time. Please refer to UiTM’s Academic Regulations.]

 

 

3.

Bolehkah saya menukar kumpulan kursus?

 

[Can I change my course group?]

 

 

 

Pelajar boleh menukar kumpulan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan. 

 

[Students may change their group within the prescribed period.]

 

 

4.

Bolehkah saya mendaftar kursus bahagian hadapan pada semester ini?

 

[Can I register next semester courses in this semester?]

 

 

 

Pelajar boleh mendaftar kursus bahagian hadapan pada semester ini sekiranya mendapat kebenaran Fakulti / Pusat Akademik. Rujuk Peraturan Akademik UiTM. 

 

[Students can register next semester courses if they have permission from their Faculty / Academic Center. Refer Academic Regulations UiTM.]

 

 

5.

Bolehkah saya menukar kursus elektif?

 

[Can I change the elective courses?]

 

 

 

Pelajar boleh menukar kursus elektif dengan kebenaran Fakulti / Pusat Akademik.

 

[Students can change their elective courses with approval of their Faculty / Academic Center.]

 

 

6.

Berapakah jumlah jam kredit minimum untuk pendaftaran kursus?

 

[What is the minimum number of credit hours for course registration?]

 

 

 

Pelajar diminta untuk mengikut pelan pengajian yang telah disediakan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM untuk maklumat lanjut.

 

[Students are required to follow study plan that has been provided. Refer UiTM Academic Regulations for more information.]

 

 

7.

Perlukah saya membuat validasi kursus?

 

[Do I need to validate the courses?]

 

 

 

Pelajar digalakkan untuk membuat validasi kursus bagi memastikan semua kursus yang telah didaftarkan adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan pada Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya validasi tidak dilakukan.

 

[Students are strongly advised to validate the courses registered to ensure that the correct courses have been registered. If there are errors in the Exam Sitting Qualification Statement, students will be held fully responsible if validation had not been previously performed.]

 

 

8.

Berapakah tempoh masa yang diberi untuk melengkapkan pendaftaran kursus termasuk tambah dan gugur kursus?

 

[What is the time period given to complete the course registration including course ‘adding’ and ‘dropping’ activities?]

 

 

 

Rujuk Kalendar Akademik UiTM.

 

[Refer to Kalendar Akademik UiTM.]

 

 

9.

Saya adalah pelajar semester akhir tetapi masih mempunyai kursus semester lalu yang masih belum lulus. Bolehkah saya mengambil semua kursus yang tinggal bagi menamatkan pengajian?

 

[I am a final semester student with previous semester courses yet to pass. Can I take all the remaining courses in order to graduate?]

 

 

 

Permohonan boleh dibuat kepada Fakulti / Kampus untuk dipertimbangkan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM. 

 

[Application may be made directly to the respective Faculty / Campus for consideration. Refer to Academic Regulations UiTM.]

 

 

10.

Bolehkah saya memohon pengecualian kredit (PC) bagi kursus yang saya telah ambil semasa program diploma?

 

[Can I apply for exemption credit (PC) for courses I have taken during the diploma?]

 

 

 

Pelajar boleh memohon kepada Fakulti / Kampus dengan melengkapkan Borang Permohonan PC. Rujuk Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.45.

 

[Students can apply to their respective Faculty / Campus by completing the PC application form. Refer to the UiTM Academic Regulations Article 2.45.]

 

 

 

Bagi pelajar separuh masa / luar kampus, setiap pemohonan PC akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM100.

 

[For part-time / off-campus students, every PC application will be subject to a processing fee of RM100.]

 

 

11.

Apakah Kursus Prasyarat?

 

[What are the Prerequisites Courses?]

 

 

 

Kursus Prasyarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti / Pusat Akademik yang perlu disempurnakan / lulus untuk membolehkan pelajar mengambil kursus di peringkat seterusnya.

 

[Prerequisite Courses are courses determined by the Faculty / Academic Center that must be completed / passed before student can take next level of courses.]

 

 

12.

Apakah Kursus Ko-syarat?

 

[What is Co-Requisites Courses?]

 

 

 

Kursus Ko-Syarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti / Pusat Akademik yang perlu diambil serentak dengan kursus yang lain dalam semester yang sama.

 

[Co-Requisites Courses are courses determined by the Faculty / Academic Center that needs to be taken simultaneously with other courses in the same semester.]

 

 

13.

Adakah saya dibenarkan untuk memohon cuti belajar semasa dalam pengajian atas sebab yang tidak dapat dielakkan?

 

[Am I allowed to apply for study leave during the study semester for unavoidable reasons?]

 

 

 

Pelajar dibenarkan untuk memohon cuti belajar berdasarkan Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan / Rektor untuk pertimbangan.

 

[Students are allowed to apply for study leave in accordance with the UiTM Academic Regulations. All applications must be submitted to the Dean / Rector for consideration.]

 

 

14.

Bolehkah saya memohon untuk bertukar mod pengajian dari sepenuh masa ke separuh masa kerana telah mendapat pekerjaan?

 

[Can I apply to switch mode of study from full-time to part-time due to gaining employment?]

 

 

 

Pelajar dibenarkan untuk memohon pertukaran mod pengajian dengan syarat ianya mematuhi Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Fakulti / UiTM Cawangan / Pusat Akademik.

 

[Students can apply for switching study mode as long as the change is in compliance with the UiTM Academic Regulation. All applications must be made through the Faculty / UiTM State / Academic Center.]

 

 

15.

Bolehkah saya merayu untuk menyambung semula pengajian kerana telah gagal dalam peperiksaan?

 

[Can I appeal to resume studies because I failed the examination?]

 

 

 

Pelajar diberi peluang untuk memohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) hanya sekali sepanjang pengajian. Permohonan boleh dibuat melalui i-Student Portal. Rujuk Peraturan Akademik UiTM untuk maklumat lanjut. 

 

[Students are allowed a one time Application for Continuing Education (RMP) per their duration of study. Students can apply via the i-Student Portal. Refer to UiTM Academic Regulations for more information.]

 

 

16.

Bolehkah saya tidak hadir kuliah?

 

[Can I not attend the lecture classes?]

 

 

 

Pelajar diwajibkan untuk menghadiri semua kuliah dan aktiviti akademik yang telah dijadualkan. Kegagalan mencapai minimum 80% kehadiran boleh menyebabkan pelajar diberikan status ZZ (Tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir atau markah penilaian bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir tidak diambil kira).

 

[Students are required to attend all lectures and academic activities as scheduled. Failure to achieve a minimum 80% record of attendance may cause the student to be given the status of ZZ (Not allowed to sit for the final examination, or assessment scores for courses without final exam will not be taken into account).]

 

 

17.

Mengapa pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?

 

[Why do students have to take Malaysian University English Test (MUET)?]

 

 

 

Pelajar perlu mengambil MUET kerana ia merupakan salah satu daripada syarat yang telah diluluskan oleh Senat UiTM untuk melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda UiTM dan dianugerahkan program Sarjana Muda selaras dengan Pekeliling Akademik UiTM Bil. 03 / 2014. 

 

[Students must take MUET because it is one of the requirements approved by the UiTM Senate for them to conduct their Bachelors programme and to be conferred a UiTM Bachelor’s degree in line with UiTM Academic Circular No. 03 / 2014.]

 

 

18.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh pendaftaran, peperiksaan, cuti semester dan lain-lain?

 

[How can students get information relating to date of registration, examination, semester breaks and others?]

 

 

 

Pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada Kalendar Akademik yang disediakan di i-Student Portal.

 

[Students can obtain the information from the Academic Calendar within the i-Student Portal.]

 

 

19.

Apakah fungsi Penasihat Akademik?

 

[What is the function of the Academic Advisor?]

 

 

 

Penasihat Akademik bertanggungjawab membimbing dan memantau perjalanan akademik pelajar yang di bawah seliaan masing-masing untuk membantu mereka menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh tahap pencapaian akademik yang bersesuaian dengan keupayaan dan potensi mereka.

 

[Academic Advisors are responsible for guiding and monitoring the academic journey of students under their supervision and assist them to complete their studies within the stipulated period and obtain academic achievement in accordance with their abilities and potential.]

 

 

 

Pelajar boleh merujuk i-Student Portal untuk mengetahui Penasihat Akademik masing-masing.

 

[Students can refer to the i-Student Portal to indentify their Academic Advisor.]

 

 

20.

Di mana boleh saya rujuk Jadual Waktu Kuliah?

 

[Where can I see Class Timetables?]

 

 

 

Jadual waktu kuliah boleh dirujuk di laman sesawang Integrated Course Registration and Scheduling System (ICReSS).

 

[Class timetable can be checked via the Integrated Course Registration and Scheduling System (ICReSS) website.]

 

 

21.

Bilakah Jadual Peperiksaan Akhir Dikeluarkan?

 

[When will the Final Examination Schedule released?]

 

 

 

Draf Pertama Jadual Peperiksaan Akhir diberikan kepada Fakulti / Pusat Akademik / UiTM Cawangan selewat-lewatnya lima (5) minggu sebelum peperiksaan bermula.

 

[The first draft of the Final Exam Schedule is given to the Faculty / Academic Center / UiTM Cawangan at least five (5) weeks before the exam begins.]

 

 

 

Jadual muktamad Peperiksaan Akhir akan dipamerkan kepada pelajar selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula di i-Student Portal.

 

[The finalised Exam Schedule will be displayed to students via i-Student Portal at least three (3) weeks before examinations begin.]

 

 

22.

Di manakah boleh saya perolehi sinopsis / butiran kursus bagi tujuan pengecualian kredit?

 

[Where can I get course synopsis / description for the purpose of credit transfer?]

 

 

 

Sinopsis kursus boleh diperolehi dari Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Pelajar perlu melengkapkan Borang Pengecualian Kredit dan emel kepada UHEK untuk diproses.

 

[Course synopsis can be obtained from Curriculum Affairs Unit (UHEK), Office of Deputy Vice Chancellor (Academic and International). Student must complete the Credit Exemption Form and email to UHEK for processing.]

 

 

23.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kelulusan program?

 

[Where can I get information about programme approval?]

 

 

 

Rujuk pejabat Dekan / Rektor masing-masing.

 

[Refer to Dean’s / Rector’s office for information.]

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

1.

Apakah itu Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)?

 

[What is a Cash Advance Loan (WPP)?]

 

 

 

WPP ialah bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pertama kali menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT. 

 

[WPP is financial assistance to underprivileged students who have received their first offer to further studies at IPT.]

 

 

2.

Bagaimana saya hendak memohon pinjaman PTPTN?

 

[How do I apply PTPTN loan?]

 

 

 

Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara dalam talian melalui laman web PTPTN

 

[PTPTN loan application can be made online via the PTPTN website.]

 

 

3.

Rakan-rakan saya telah menerima bayaran PTPTN bagi semester berikutnya, tetapi saya tidak dapat, kenapa?

 

[My friends have received PTPTN payment for the next semester, but not me, why?]

 

 

 

Pinjaman PTPTN pelajar akan ditahan sekiranya: [1] keputusan peperiksaan bagi peperiksaan akhir terkini di bawah GPA 2.00; [2] pelajar digantung pengajian; atau [3] pengemaskinian maklumat atau pengesahan data peperiksaan akhir dibuat selepas pengumuman keputusan rasmi.

 

[Student PTPTN loan will be withheld if: [1] the GPA results fell below 2.00 for the latest final exam; [2] student is suspended from study; or [3] updating of information or data verification for final exam was made after the announcement of final official results.]

Website Statistics
6356095
Today
Yesterday
This Week
This Month
Last Month
All days
3170
4908
8078
40298
140411
6356095
Your IP: 10.0.31.50
2024-12-09

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3300 / 3507 
       +603 5521 1610