- HEA News
- Hits: 53
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
SHAH ALAM, 16 Februari 2026 | ูขูง ุดุนุจุงู ูกูคูคูง โ Satu Sesi Libat Urus strategik telah berlangsung melibatkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin bersama warga akademik Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). Program yang bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang ini telah diadakan di Dewan Muktamar 2, Akademi Pengajian Islam Kontemporari dengan kehadiran seramai 100 orang pensyarah.
- HEA News
- Hits: 32
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
SHAH ALAM, 16 Februari 2026 | ูขูง ุดุนุจุงู ูกูคูคูง โ Satu Sesi Libat Urus strategik telah berlangsung melibatkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin bersama warga akademik Fakulti Kejuruteraan yang merangkumi bidang Awam, Mekanikal, Elektrik, dan Kimia. Sesi ini telah diadakan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam, dengan kehadiran luar biasa seramai 550 orang pensyarah.
- HEA News
- Hits: 20
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
BANDAR ENSTEK, 9 Februari 2026 | ูขูก ุดุนุจุงู ูกูคูคูง โ Agenda pemantapan akademik diteruskan lagi di sebelah petang dengan sesi libat urus khas bersama barisan Penolong Rektor seluruh UiTM di ILD Bandar Enstek, Nilai.
Sesi yang dikendalikan oleh YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin ini bertujuan menyelaraskan tadbir urus dan polisi akademik di peringkat cawangan agar selari dengan hala tuju pusat. Perbincangan dua hala ini amat penting dalam memastikan penyampaian pendidikan yang terbaik serta pengurusan sumber yang lebih sistematik buat mahasiswa di seluruh kampus UiTM.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad

- HEA News
- Hits: 46
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐), ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐)
BANDAR ENSTEK, 9 Februari 2026 | ูขูก ุดุนุจุงู ูกูคูคูง โ Jabatan Akademik Antarabangsa telah mengadakan satu sesi libat urus Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertempat di ILD UiTM, Bandar Enstek, Nilai.
Sesi yang dipimpin oleh YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertujuan untuk menilai semula relevansi program akademik yang ditawarkan di seluruh sistem UiTM. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan setiap program kekal kompetitif mengikut keperluan pasaran kerja dan standard antarabangsa.
Sesi kemudiannya disusuli dengan perkongsian daripada YBrs. Prof. Dr. Haslinda Yusoff, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti Dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Beliau memfokuskan kepada peranan strategik InQKA dalam memacu pemastian kualiti berterusan serta menjamin pematuhan standard akademik universiti berada pada tahap yang optimum.
Turut mengisi sesi libat urus tersebut adalah slot bersama Prof. Dr. Faizah Abd Majid, Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM. Beliau memperincikan inisiatif pemerkasaan pendidikan fleksibel dan program pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi salah satu agenda penting dalam menyokong sistem akademik universiti.
Sesi diteruskan lagi dengan taklimat Academic Programme Health Check daripada Prof. Madya Ts. Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Kurikulum.
Agenda pencerahan kemudiannya dilengkapkan dengan taklimat berkaitan pengajian siswazah oleh YBhg. Prof. Dr. Hjh Zuraeda binti Ibrahim, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) serta penerangan mengenai unjuran dan kemasukan pelajar oleh YBrs. Encik Ak Ashaari bin Ak Yussof, Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).
Sesi ini khas dianjurkan untuk Dekan, Rektor, Timbalan Dekan (Akademik), Timbalan Rektor (Akademik) serta Setiausaha Jawatankuasa Akademik Fakulti dan Setiausaha Jawatankuasa Akademik Negeri.

- HEA News
- Hits: 134
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐-๐๐
KLANG, 16 Januari 2026 | ูขูฆ ุฑุฌุจ ูกูคูคูง โ Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) UiTM telah berjaya menganjurkan Anugerah Akademik Universiti (AAU) Ke-15 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Premiere Hotel, Bandar Bukit Tinggi.
Majlis ini merupakan simbolik penghargaan tertinggi universiti terhadap warga akademik yang telah menunjukkan komitmen luar biasa serta inovasi dalam pemerkasaan pendidikan tinggi.
Pengiktirafan ini bukan sekadar penganugerahan, malah ia merupakan pemangkin semangat buat seluruh warga akademik untuk terus berbakti dan menyumbang kepada kemajuan ilmu di UiTM.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM (tengah), yang diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi universiti. Turut kelihatan di meja utama ialah:
- YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) โ (berbaju Melayu burgundy di sebelah kanan Prof. Shahrin).
- YBhg. Profesor Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) โ (berbaju kurung hijau di sebelah kiri Prof. Shahrin).
- YBhg. Prof. Dr. Haslinda Yusoff , Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) โ (berbaju kurung biru muda di sebelah kanan Prof. Yamin).
- YBrs. Prof. Madya. Datin Dr. Norazida Mohamed, Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan) UiTM Global โ (berbaju kurung hijau di sebelah kanan Prof. Haslinda).
- Professor Dr. Faizah binti Abd Majid, Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) โ (berbaju kurung merah jambu di hujung sebelah kanan).
- YBhg. Profesor Dr. Ismie Roha binti Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor Pejabat Komunikasi Strategikโ (berbaju kurung biru di sebelah kanan Prof. Dr. Norazah).
- YBhg. Professor Ts. Dr. Azlina Idris, CEng, Pengarah Bahagian Pembangunan Akademikโ (hujung sebelah kiri).

Pemenang - Pemenang Anugerah Utama.

Pemenang - Pemenang Anugerah Khas.
Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus memacu kecemerlangan.
- ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Majlis ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง Surat ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ (๐๐๐) UiTM ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
- Kunjungan Hormat Pengarah Kewangan Bahagian Akaun Amanah
