𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝟭𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 | ٢٢ رمضان ١٤٤٧ – Semangat ukhwah dan nilai mahabbah dalam kalangan warga kerja Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) diperkukuh melalui penganjuran Program Bubur Lambok Pantai Timur Ukhwah Mahabbah yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Aras 4, Kafe Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti "rewang" menyediakan juadah tradisi tersebut mengikut resipi Pantai Timur.
Penyediaan bubur lambok secara gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan syiar Ramadan malah menjadi platform penting bagi merapatkan silaturahim antara staf dari pelbagai unit di bawah JAnA. Keberkatan rezeki hasil usaha bersama ini kemudiannya telah diagihkan secara menyeluruh kepada setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berada di bawah jajahan Jabatan Akademik dan Antarabangsa.
Antara pejabat dan unit yang menerima agihan tersebut termasuklah Bahagian Pengurusan Pengambilan Pelajar (BPPA), Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), UiTM Global, serta Bahagian Pengurusan Peperiksaan (BPP). Agihan ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang sentiasa komited dalam menjalankan amanah unpersekitaran kerja. Segala usaha ini mencerminkan komitmen universiting bulan yang mulia ini.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا


