Select your language

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 🌙✨

𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝟭𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | ٢٤ شعبان ١٤٤٧ - Kelab Kebajikan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM Shah Alam (KeKTAA) telah menganjurkan Sesi Bacaan Doa Selamat sempena Ahlan Ya Ramadan dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih pada Jumaat lalu.
Majlis yang bermula jam 2.30 petang bertempat di Dewan Senat, Aras 4, Bangunan Canseleri ini diadakan sebagai persediaan rohani menyambut bulan suci Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sesi bacaan doa telah dipimpin dengan penuh khusyuk oleh Ustaz Profesor Madya Ts. Mohd Nor Mamat.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan slot Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan perpisahan dua orang staf, iaitu Cik Nurul Syairah Mohd Isa dan Puan Masita Mohamed Shah. Penyampaian cenderamata dan penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, YBhg. Profesor Dr. Azlina Idris, serta YBrs. Dr. Sharifah Aliman sebagai tanda terima kasih atas segala dedikasi dan sumbangan bakti mereka sepanjang berkhidmat.


Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
 

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507