Select your language

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ (π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀) ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π€π‚πˆπ’

SHAH ALAM, 16 Februari 2026 | Ω’Ω§ Ψ΄ΨΉΨ¨Ψ§Ω† Ω‘Ω€Ω€Ω§ – Satu Sesi Libat Urus strategik telah berlangsung melibatkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin bersama warga akademik Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). Program yang bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang ini telah diadakan di Dewan Muktamar 2, Akademi Pengajian Islam Kontemporari dengan kehadiran seramai 100 orang pensyarah.

Tirai program dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan ACIS, Profesor Dr. S. Salahudin Suyurno. Sesi libat urus ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju akademik, kualiti pengajaran, serta pemerkasaan program-program di bawah seliaan ACIS.

Β Dalam sesi perbincangan tersebut, YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin memberikan penekanan utama kepada peranan pensyarah sebagai suri teladan (role model) dan 'human transformer' dalam mendidik generasi pelajar yang majoritinya terdiri daripada golongan milenial. Bagi menyokong inisiatif Inspiring Educators, ACIS disaran untuk memainkan peranan penting dalam membantu memperkemaskan modul sedia ada dengan menerapkan elemen nilai murni (values). Selain itu, kualiti penawaran subjek khidmat (subject servicing) oleh ACIS kepada fakulti-fakulti lain juga ditekankan agar sentiasa dipelihara. Sesi ini juga mengupas keperluan memperkasa fasiliti pengajaran seperti 'smart classroom'. Selain itu, isu unjuran kemasukan pelajar turut dibincangkan di mana ia perlu disejajarkan secara holistik dengan kapasiti akademik termasuk ruang fasiliti dan jumlah pensyarah terutamanya bagi program seperti Diploma Halal.

Di samping itu, warga akademik turut menyentuh perbincangan menghalusi peratusan penggunaan serta integrasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI), seperti Gemini AI, dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemantapan kaedah dan semakan semula instrumen pentaksiran Berasaskan Hasil (OBE) juga diusulkan agar kekal relevan.

Secara keseluruhannya, semua warga akademik ACIS yang hadir menyambut baik perancangan dan inisiatif di bawah pelan strategik UiTM 2030. Warga fakulti turut menzahirkan komitmen penuh untuk menyelaraskan usaha dan bersama-sama menyokong hasrat universiti ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Ψ§ΩˆΨ³Ω‡Ψ§ ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ Ω…ΩˆΩ„ΩŠΨ§

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad

Β 

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507Β