Select your language

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ (π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀) ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ π…π€πŠπ”π‹π“πˆ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π

SHAH ALAM, 16 Februari 2026 | Ω’Ω§ Ψ΄ΨΉΨ¨Ψ§Ω† Ω‘Ω€Ω€Ω§ – Satu Sesi Libat Urus strategik telah berlangsung melibatkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin bersama warga akademik Fakulti Kejuruteraan yang merangkumi bidang Awam, Mekanikal, Elektrik, dan Kimia. Sesi ini telah diadakan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam, dengan kehadiran luar biasa seramai 550 orang pensyarah.

Tirai program dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin @ Bharun dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sesi libat urus ini secara asasnya bertujuan membincangkan hala tuju akademik universiti di bawah kerangka Education 5.1@UiTM yang memfokuskan kepada kualiti graduan serta kelestarian program, seiring dengan agenda pemerkasaan inisiatif dan pelan strategik UiTM 2030.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa sorotan utama dan pencapaian fakulti telah dikongsi, termasuklah kejayaan semakan kurikulum bagi 234 program akademik (86%) bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan industri semasa. Transformasi akademik kini berpaksikan kepada tiga pilar utama iaitu Inspiring Lecturers, Well-Balanced Graduates, dan Sustainable Academic Programs.

Selain itu, Fakulti Kejuruteraan disasarkan menjadi 'champion' dalam pelaksanaan Week Without Walls (WWW) yang menekankan pembelajaran kendiri dan praktikal. Aspek integrasi nilai dan teknologi turut diperkukuh melalui penjajaran kursus dengan elemen Values Based Education (VBE) serta integrasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam kurikulum.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Ψ§ΩˆΨ³Ω‡Ψ§ ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ Ω…ΩˆΩ„ΩŠΨ§

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507Β