Select your language

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ (π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ & 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀) ππ„π‘π’π€πŒπ€ πƒπ„πŠπ€π, π‘π„πŠπ“πŽπ‘, π“πˆπŒππ€π‹π€π πƒπ„πŠπ€π (π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ), π“πˆπŒππ€π‹π€π π‘π„πŠπ“πŽπ‘ (π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ)

BANDAR ENSTEK, 9 Februari 2026 | Ω’Ω‘ Ψ΄ΨΉΨ¨Ψ§Ω† Ω‘Ω€Ω€Ω§ – Jabatan Akademik Antarabangsa telah mengadakan satu sesi libat urus Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertempat di ILD UiTM, Bandar Enstek, Nilai.

Sesi yang dipimpin oleh YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertujuan untuk menilai semula relevansi program akademik yang ditawarkan di seluruh sistem UiTM. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan setiap program kekal kompetitif mengikut keperluan pasaran kerja dan standard antarabangsa.

Sesi kemudiannya disusuli dengan perkongsian daripada YBrs. Prof. Dr. Haslinda Yusoff, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti Dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Beliau memfokuskan kepada peranan strategik InQKA dalam memacu pemastian kualiti berterusan serta menjamin pematuhan standard akademik universiti berada pada tahap yang optimum.

Turut mengisi sesi libat urus tersebut adalah slot bersama Prof. Dr. Faizah Abd Majid, Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM. Beliau memperincikan inisiatif pemerkasaan pendidikan fleksibel dan program pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi salah satu agenda penting dalam menyokong sistem akademik universiti.

Sesi diteruskan lagi dengan taklimat Academic Programme Health Check daripada Prof. Madya Ts. Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Kurikulum.

Agenda pencerahan kemudiannya dilengkapkan dengan taklimat berkaitan pengajian siswazah oleh YBhg. Prof. Dr. Hjh Zuraeda binti Ibrahim, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) serta penerangan mengenai unjuran dan kemasukan pelajar oleh YBrs. Encik Ak Ashaari bin Ak Yussof, Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).

Sesi ini khas dianjurkan untuk Dekan, Rektor, Timbalan Dekan (Akademik), Timbalan Rektor (Akademik) serta Setiausaha Jawatankuasa Akademik Fakulti dan Setiausaha Jawatankuasa Akademik Negeri.

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507Β