Select your language

Bergambar bersama selian di bawah Jabatan Akademik dan Antarabangsa UiTM

JAnA Perkasa Perancangan Strategik 2026 dan Inisiatif UiTM 2030 di ILD Bandar Enstek

NILAI, 9 Januari 2026 – Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) telah berjaya menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Tahun 2026 & Pembangunan Inisiatif UiTM 2030. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Januari 2026 ini telah diadakan di Bilik Sarana 3 & 4, ILD Bandar Enstek, Nilai.

Bengkel ini menghimpunkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada staf Jabatan Akademik & Antarabangsa (JAnA) serta lima Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah seliaannya, iaitu:

  • Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS)
  • Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
  • UiTM Global (UG)
  • Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA)
  • Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)

Sepanjang program, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi refleksi pencapaian tahun 2025 serta perbincangan kumpulan bagi menetapkan inisiatif dan pelan tindakan (action plan) yang holistik bagi mendepani cabaran tahun 2026. Selain sesi percambahan minda, bengkel ini turut diselitkan dengan aktiviti Explorace bagi memupuk semangat kerja berpasukan serta Majlis Makan Malam Apresiasi bertemakan Denim Jacket sebagai penghargaan kepada warga kerja.

Kemuncak program menyaksikan kehadiran YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang meluangkan masa memberikan ulasan terhadap hasil perbincangan serta pembetulan semula inisiatif yang telah dirangka.

Dalam ucapan penutup dan rumusan beliau, Profesor Dr. Yamin Yasin menekankan kepentingan konsolidasi inisiatif utama (Key Initiatives). Beliau mahukan setiap PTj tidak bekerja secara berasingan (silo), sebaliknya bersinergi dalam memacu agenda UiTM 2030.

“Setiap perancangan yang dibuat hari ini adalah batu loncatan untuk memastikan UiTM kekal relevan dan unggul dalam landskap pendidikan tinggi global,” ujar beliau semasa sesi rumusan dan penutup.

Beliau turut menyampaikan amanat agar semua inisiatif yang telah dimuktamadkan dipantau secara berkala bagi menjamin keberhasilan impak yang disasarkan. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama dan penetapan komitmen penuh daripada semua ketua PTj untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirangka.

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507