Select your language

Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik

Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik

PULAU PINANG, 16 - 19 Disember 2025 [Selasa - Jumaat] – Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumen-Dokumen Rujukan Pengurusan Akademik yang bertempat di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama empat hari bermula 16 hingga 19 Disember 2025 ini telah diadakan di Bilik Sireh 1, Hotel UiTM Pulau Pinang. Jabatan Akademik Dan Antarabangsa (JAnA) Shah Alam terus komited dalam memperkukuh kualiti pengurusan akademik universiti menerusi penganjuran bengkel ini.

Objektif utama adalah untuk membuat semakan semula terhadap dokumen rujukan sedia ada, memantapkan kandungan berdasarkan keperluan semasa, serta membangunkan dokumen rujukan baharu bagi memastikan kelancaran tadbir urus. Sesi pembukaan dan penetapan hala tuju telah disempurnakan oleh Puan Rizadora Muhamad Arsad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia.

Bagi memastikan hasil yang komprehensif, para peserta bengkel telah dibahagikan kepada lima kumpulan kerja strategik iaitu:

  • Kumpulan 1: Memberi fokus kepada pemantapan Peraturan Akademik.
  • Kumpulan 2: Meneliti dan mengemaskini Manual Operasi Akademik.
  • Kumpulan 3: Memperincikan Tadbir Urus Akademik serta Terma Rujukan (TOR) bagi mesyuarat dalaman jabatan.
  • Kumpulan 4: Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Graduan Terbaik dan Anugerah Akademik Universiti.
  • Kumpulan 5: Menghasilkan dokumen berkaitan Garis Panduan Lantikan Akademia, Prosedur Pelantikan Pentadbir Akademik, dan Garis Panduan Bayaran Yuran Keahlian Badan Profesional.

Selain fokus teknikal terhadap dokumentasi, bengkel ini turut disisipkan dengan slot pemantapan minda dan kepimpinan. Antara modul yang dikongsikan termasuklah The 4 Quadrants of Time Management Matrix bagi meningkatkan produktiviti, seni pengurusan pasukan (The Art of Team Management), serta pendedahan kepada 6 Tahap Orientasi Kerja (6 Levels of Work Orientation) bagi memupuk budaya kerja yang proaktif.

Hasil daripada bengkel ini (ROI), kesemua dokumen rujukan disasarkan siap untuk diguna pakai dengan reka letak grafik yang lebih menarik menggunakan platform Canva dan diterbitkan dalam format eBook flip.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memastikan semua staf pentadbiran dan akademik mempunyai panduan yang jelas dan terkini dalam melaksanakan tugas, selaras dengan aspirasi UiTM untuk kekal sebagai universiti ternama di persada global.

Contact Us

The Department of Academic and International
Level 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 5544 3509 / 3528 / 3507